CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, December 3, 2009

Pasrah Segalanya....

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Salam buat kalian.. Ini coretan sy yang simple tpi insyaALLAH memberi kekuatan buat kalian yg sedang merintih dalam perjuangan meneruskan persinggahan di dunia ini.. Dunia ini hanyalah persinggahan dan yang kekal abadi adalah akhirat di sana.. Kita hamba ALLAH bukanlah sempurna, cuma sekadar dalam proses untuk mengingati dan menasihati sesama kita.. InsyaALLAH moga ALLAH mendengar rintihan dan luahan kita kerana DIA lah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.. Ameeenn... :-)


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


saya terjumpa ayat ini d satu blog, amatilah :

Fitnah Itu Mudah, Namun Natijahnya Bukan Indah, Carilah Hikmah, Moga Ketemu Anugerah...

Tuesday, December 1, 2009

Coretan Seorang Hamba ALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Salam perjuangan sekali lagi buat kalian.... Sudah berbasi kiranya saya seringkali tidak berkongsi cerita... Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hidup setakat ini, kita perlu sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa mengharapkan yang terbaik dan menjadikan ujian dari ALLAH sebagai pengalaman yang bermakna dijadikan bekalan akhirat... Akhirat seakan kian hampir dan ingatlah saudara2ku, kita kian hampir ke penghujung nya.. Dunia tidak kekal lama, dunia yg kita singgah sebentar mencari hikmah terbaik untuk kehidupan abadi..

Kiranya kalian semua punya masalah dan rintihan dalam perjuangan hidup.. Bersabarlah saudara2ku, ini semua adalah ujian.. Bersabarlah... Teguhkanlah iman dan taqwa moga kita rasai sokongan dan kecintaan ALLAH pada kita.. InsyaALLAH.. ameennn...

Tika ini saya terfikir-fikir dalam membajai persahabatan-persahabatan yang sentiasa mengingati kita tentang mahmudah.. tentang keimanan, tentang maut, sering berkongsi cerita suka dan duka... Saya juga manusia, tidak lari dari berkata-kata yang mungkin menyakiti hati sesiapa sahaja tanpa saya sedari... Moga mereka memaafkan kita atas perkataan pedih yang pernah kita lepaskan tanpa sedar ataupun tidak... Manusia yang memaafkan orang lain mempunyai jiwa yang besar dan bersih.. InsyaALLAH..

Kadangkala mungkin pahit untuk ditelan, tapi semua manusia melakukan kesilapan, apakan daya kita... Kita tidak maksum, mungkin kerana itulah ALLAH mengajarkan kita sentiasa menjaga hubungan dengan sentiasa saling memaafi dan mengingati.... Pernah anda terasa begitu sebak apabila ada yang mungkin membenci kita?? tpi apa yang pernah saya khabarkan, kita tidak sempurna.. Itulah yang termampu mungkin kita lakukan.. Buatlah yang terbaik... Mungkin itu anggapan mereka, biarkan sahaja... Kita punya ALLAH dan mereka yang menyayangi kita...

Terus maju kehadapan, kumpulkan segala bekalan secukupnya, biarlah berlebihan, jangan berkurang saudara2ku, carilah sebanyak mana ilmu untuk kita berbakti, dalam banyak segi mengumpul bekalan-bekalan ke akhirat nanti.. Syurga yang menanti.... Ameennn, perkenankanlah permohonan kami... Ya Rabb Bal Alamin....

Salam perkenalan saudara2ku...
--->> Teruskan usaha dalam pencarian harta karun bernilai ke akhirat nantiii...
Assalamualaikum w.b.t.