CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, July 30, 2009

~ Everything by Arashi ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

~ Kanji ~

遠い雨が近づく
街のにおいは切なくて
アスファルトに残した
影はいつもと違って見えた

変わり続ける空は ゆるれ心を移すよに
足早に世界は回り続けてる

赤から青に変わるシグナル
戻ることもできない旅の途中で
明日を信じて進みたい
この夕立の中で一人
繰りかえり立ち止ることもあるけど
何も恐れはしない

雨上がりの窓から 見える夕暮れのひまわり
夕焼けに染められて 朝日を待ち続けているんだ
何が大切なのか時見失いそうだけど

譲れない思いを抱え歩いゆく

鮮やかな青に染められた 
未来は果てしない夢を描いた
乾いた心 潤して
限られたこのときの中で
強く胸に思いを刻み込んだ
日はまだ昇ってゆく

この長い坂を 超える時 その先に何が見えたとしても
後悔はしたくない 光とほし続け明日を照らして

赤から青に変わるシグナル
戻ることもできない旅の途中で
明日を信じて進みたい

走れ走れ 夢に手を伸ばすのさ
叫べ叫べ これも続くたびに
心の感じるままに

~translation~

the passing rain draws closer, the smell of the city is bittersweet
the shadows left on the pavement seemed different than usual
as if the everchanging sky was refelcting my wavering heart
the world continues turning at a fast pace

the signal that changes from red to green
in the midst of a journey of no return
I want to go forward believing in tomorrow
alone in this evening shower
there may be times when I stop and look back
but I won't be afraid of anything

the evening sunflowers that I can see from the window after the rain
are dyed by the sunset and waiting for the sunrise
sometimes it seems like I'll lose sight of what's important
but I walk on holding the feelings I won't let go

dyed with a brilliant blue
the future sketched out endless dreams
moistening my dry heart
in the midst of this limited time
I strongly carved the emotions into my heart
the sun will rise again

even knowing what I would see
when I cross this long hill
I don't want to have regrets
I'll keep going and shine on tomorrow like the sun

the signal that changes from red to green
in the midst of a journey of no return
I want to go forward believing in tomorrow

run run, reach out your hands to your dreams
shout shout, as long as your voice goes on
in the way that your heart feels

~ I love this song.... it's seems like a blossom song that give me strength throughout my life!!! yeahhhh....

~Doushite Kimi Wo Suki Ni Natte Shimattan Darou?~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

~in kanji~

どうして君を好きになってしまったんだろう?
どんなに時が流れても君はずっと
ここにいると、思ってたのに
でも君が選んだのは違う道

どうして君に何も伝えられなかったんだろう?
毎日毎晩募ってく思い
あふれ出す言葉、わかってたのに
(もう届かない)

始めて出会った、その日から
君を知っていた気がしたんだ
あまりに自然に溶け込んでしまった二人

どこへ行くのにも一緒で
君がいることが当然で
僕らは二人で大人になってきた
でも君が選んだのは違う道

どうして君を好きになってしまったんだろう?
どんなに時が流れても君はずっと
ここにいると、思ってたのに
(もうかなわない)

特別な意味を持つ今日を
幸せ顔で立つ今日を
きれいな姿で神様に誓ってる君を

僕じゃない人の隣で
祝福されてる姿を
僕はどうやって見送ればいいのだろう

もう、
どうして君を好きになってしまったんだろう?
あの頃も、僕らのこと、もう戻れない
(考えた)もう戻れない(考えた)

どうして君の手を掴み奪えなかったんだろう?
どんなに時が流れても君はずっと
僕の横に、入るはずだった
(もうかなわない)

それでも君が僕のそば離れていっても
永遠に君が幸せであること
ただ願ってる
たとえそれがどんなに寂しくても
(切なくても)

~In romaji~

Doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou?
Donna ni toki ga nagaretemo kimi wa zutto
Koko ni iru to, omotteta no ni
Demo kimi ga eranda no wa chigau michi

Doushite kimi ni nani mo tsutaerarenakattan darou?
Mainichi maiban tsunotteku omoi
Afuredasu kotoba, wakatteta no ni (mou todokanai)

Hajimete deatta, sono hi kara
Kimi wo shitteita ki ga shitan da
Amari ni shizen ni tokekonde shimatta futari

Doko e iku no ni mo issho de
Kimi ga iru koto ga touzen de
Bokura wa futari de otona ni natte kita
Demo kimi ga eranda no wa chigau michi

Doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou?
Donna ni toki ga nagaretemo kimi wa zutto
Koko ni iru to, omotteta no ni (mou kanawanai)

Tokubetsu na imi wo motsu kyou wo
Shiawase kao de tatsu kyou wo
Kirei na sugata de kami sama ni chikatteru, kimi wo

Boku ja nai hito no tonari de
Shukufuku sareteru sugata wo
Boku wa dou yatte miokureba ii no darou?

Mou doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou?
Ano koro mo, bokura no koto, mou moderenai (kangaeta) mou modorenai (kangaeta)

Doushite kimi no te wo tsukami ubaenakattan darou?
Donna ni toki ga nagaretemo kimi wa zutto
Boku no yoko ni, iru hazu datta (mou kanawanai)

Sore demo kimi ga boku no soba hanarete itte mo
Eien ni kimi ga shiawase de aru koto
Tada negatteru
Tatoe sore ga donna ni sabishikutemo (setsunakutemo)

~enjoy da song~ :)

Friday, July 24, 2009

~ Laknatnya YAHUDI!!!!!~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Rejim Zionis rancang bina semula kuil di tanah suci ketiga Islam

BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.

Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa.

Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj).

Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin.

Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'.

Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, polis Israel turut mengiringi penduduk Yahudi terbabit dan melindungi mereka.

Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini.

Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa."

Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa.

Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa.

Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang.

Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu.

Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab.

'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin.

~courtesy :b.harian online...

Thursday, July 23, 2009

~ Happy Birthday BestFriend~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.


Nik Nur Ayuni Azhar... Selamat Hari Jadi yang ke-21.. dah tua rupanya anak Tengku Lizar.. :D
~ Moga hari lahir tahun ini menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH S.W.T
~ Moga hari-hari yang mendatangkan, memberi kebahagian dan kerahmatan Illahi buat ayu..
~ Doa atas nama persahabatan akan sentiasa mengiringi kita.. InsyALLAH hendaknya...
~ Moga segala cita-cita akan menjadi impianmu...
~ Kamu kawan terbaik saya pernah jumpa.. ALL DA BESH!!! GANBATTE KUDASAI..

"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

"Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh."

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."

"Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini."

~ Salam perjunagan Kebenaran... Assalamualaikum...

Thursday, July 16, 2009

~Sifat Pemalu Rasulullah S.A.W ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.”(al- Baihaqi). Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ‘rasa malu’ merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya? Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu”.

~ Kita pasti rindu pada idola kita, Rasulullah S.A.W... Idola setiap umat Islam dan bukan menjadikan manusia lain sebagai idola selain Rasulullah S.A.W...
~ Saya ingin berkongsi cerita akan keperibadian Rasulullah yang tidak mampu saya gambarkan, betapa maksumnya baginda S.A.W.. jika kalian mahu keterangan lanjut, carilah buku Kenangan Manis Bersama Rasulullah.... saya lupa terbitan mana, tapi saya akan beritahu kelak.. Pasti anda akan menitiskan air mata membacanya... InsyALLAH... :D
Salam perjuangan kebenaran buat kalian...
Assalamualaikum w.b.t.....

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.





Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.


~ Saya sertakan lirik iktiraf yang biasa anda dengar.... Moga membawa kesyahduan dan kerinduan anda kepada Tuhan kita, Ya ALLAH.... :D

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

~ Assalamualaikum w.b.t... Salam kesejahteraan dan salam perjuangan kebenaran dari saya... Moga ukhuwah Islamiah kita sentiasa berpanjangan dan dilindungi Nya...

~ Belajar ilmu ikhlas ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Saya ingin sampaikan arkitel ini yang kiranya akan saya harapkan membawa ketenangan dan keabadian cinta kita kepada Illahi.. Selamat membaca ... ~~~

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.


"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.



courtsey : IluvIslam... ~..

## ~ artikel yang saya rasa amat indah dan sarat dengan segala ilmu yang mendidik manusia.. :D amalkan teman-teman.. Moga dengan apa yang kita lakukan dan perikan akan membawa kebahagian di akhirat kelak... Amin.. Assalamualaikum w.b.t~

Monday, July 13, 2009

~ Aku Merinduimu~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Salam teman-teman.. Terdengar lagu yang menyentak kalbu.. Amatilah bait-bait liriknya.. :D

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


Thursday, July 9, 2009

~ Hiba nya lah hati ini Tuhanku~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Salam perjuangan teman-teman sekalian.. Kata-kata yang bermain dalam minda..:

Adakala nya kita akan sendirian,
adakalanya kita kena berdiri teguh sendirian,
adakalanya kita rindu teman-teman yang mengingatkan kita tentang keimanan,
adakalanya kita mencari-cari keperibadian diri,
adakalanya kita perlu pentingkan diri,
adakalanya kita hendak orang mengerti kita tanpa prasangka yang bukan-bukan..
dan banyak lagi adakalanya..

Mungkin ini adalah ujian ALLAH buat hamba-hambaNya.. di dunia tiada apa yang kekal abadi.. Cinta hanya untuk tuhanmu yang menciptakan kita.. Cinta yang mendamaikan dan menenangkan hanya untuk Tuhan... Cinta dengan manusia tidak dinafikan tetapi perlulah dengan niat ke arah cinta yang lagi besar dan bahagia, cinta tuhanmu..

Setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya.. Teringat kata seorang teman, tarbiah diri.. cuba cari kedamaian diri sendiri.. Adakalanya kita rasa seperti hanyut dan hilang di dunia sendiri, di situlah letaknya iman, iman yang perlu kita bajai dengan penuh tawaduk dan kesabaran.. Iman yang kekal abadi.. kekadang akan rapuh di pukul badai yang kita sendiri tak sedar akan hadirnya, tapi perlu berwaspada agar kita tak lari jauh dari pegangan kita..

Semua manusia tidak sempurna.. Hakikatnya kita cuba perbaiki dengan perlahan-perlahan.. dengan niat yang ikhlas mencari keredhaanNya... saya memohon maaf atas segala salah dan silap saya andainya saya pernah mengasari teman-teman saya sedari atau tidak.. Tak pernah niat di hati.. tapi tanpa sedari..

Kehidupan perlu diteruskan andainya anda keseorangan mahupan berteman, ingat kita punya Tuhan yang sentiasa kekal di atas sana memerhatikan..

~ Salam perjuangan kebenaran~... :D

Tuesday, July 7, 2009

~ Rejab Oh Rejab ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Menunaikan qada ibadat wajib lebih utama daripada mengerjakan amalan sunat APABILA masuk Rejab, ia menandakan Ramadan akan berkunjung tidak lama lagi. Ramadan yang dikenali sebagai penghulu segala bulan, menjanjikan kelebihan luar biasa serta membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap Muslim memohon keampunan kepada Yang Maha Pencipta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, diampunkan baginya segala dosa yang sudah lalu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh sebab itu, kenikmatan dan kerinduan menunggu tibanya Ramadan hanya akan dapat dirasai oleh jiwa yang sentiasa peka terhadap hak dan tuntutan Allah kepadanya.

Puasa adalah perkara asas dalam Islam yang seterusnya menjadi kayu ukur kepada tahap keimanan seseorang Muslim. Namun, Islam tidak pernah memberatkan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Oleh itu, ada sebahagian kita yang mendapat kebenaran meninggalkan puasa pada Ramadan yang lalu. Antaranya, orang yang dalam musafir, wanita sedang haid atau nifas, wanita hamil, golongan mempunyai masalah kesihatan mahupun pekerja yang terpaksa melakukan kerja berat dan menggunakan banyak tenaga.

Bagi mereka ini, kebenaran meninggalkan puasa bukanlah untuk mengecualikan mereka daripada ibadah puasa, akan tetapi kewajipan menunaikan qada' (ganti) puasa haruslah diambil kira supaya tidak tergolong di kalangan hamba Allah yang rugi pada kemudian hari.

Firman Allah yang bermaksud:

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain." (Surah al-Baqarah, ayat 184)

Di sinilah terpancar keadilan Islam dalam perintah menunaikan ibadat khusus kepada umatnya. Sebarang kesulitan dan masalah yang menimpa, tidak boleh dijadikan alasan untuk lari daripada tanggungjawab melaksanakan ibadat. Mungkin ada yang teruja melakukan amalan puasa sunat tertentu seperti dianjurkan Islam, namun sebenarnya menunaikan qada' puasa Ramadan adalah lebih utama.

Hal ini seperti mana dijelaskan menerusi sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: "Dan tidaklah hampir kepada-Ku seseorang hamba dengan apa juga pun, maka yang lebih Aku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu (wajib) ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin mendampingi-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya." (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas kepada kita, menunaikan qada' ibadat yang wajib adalah lebih utama daripada melakukan ibadat sunat. Jika amalan wajib tidak terlaksana maka kita dikira berhutang dengan Allah dan menjadi satu kewajipan melunaskannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Hutang Allah lebih layak untuk dipenuhi terlebih dulu."

Menurut Syeikh Muhammad ibn Soleh al-'Uthaimin, puasa sunat tidak boleh ditunaikan melainkan sudah sempurna puasa wajib iaitu puasa Ramadan. Keadaan itu disandarkan melalui hujah berasaskan sabda Rasulullah SAW ketika menyatakan kelebihan puasa enam hari pada Syawal.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Barang siapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari pada Syawal, maka ia (pahala puasa) adalah seperti puasa setahun." (Hadis riwayat Muslim)

Secara tidak langsung, hadis itu menjelaskan tuntutan memenuhi puasa Ramadan mengatasi amalan puasa sunat yang juga dituntut Islam sebagai satu peluang menampal kecacatan puasa pada Ramadan. Janganlah kita menjadi orang yang mengejar amalan sunat, sedangkan yang wajib ditinggalkan begitu saja. Sementara masih ada masa sebelum tiba Ramadan tahun ini, bagi mereka yang masih lagi berhutang dengan Allah, maka sewajarnya bersegera menunaikan qada' ibadah puasa Ramadan lalu. Secara tidak langsung, ia juga boleh dijadikan medan latihan sebelum kedatangan Ramadan nanti.

Latihan berpuasa sebelum kedatangan Ramadan dapat memberi isyarat awal kepada anggota tubuh badan untuk berehat daripada aktiviti makan dan minum serta yang lebih penting, dapat mendidik nafsu dalam memenuhi tuntutan Allah. Saidatina Aisyah memberi contoh kepada kita bahawa amalan menunaikan qada' puasa Ramadan pada bulan Syaaban iaitu hampir kepada datangnya Ramadan adalah dibolehkan dalam Islam.

Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:

"Kewajipan ke atasku untuk puasa (qada') dari puasa Ramadan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang Syaaban." (Hadis riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis itu, jumhur ulama berpendapat penundaan qada' puasa wajib selewat-lewatnya adalah Syaaban dan tidak boleh sampai masuk Ramadan berikutnya. Sebenarnya keadaan ini bukanlah bermaksud menunaikan qada' ibadat wajib itu tidak penting sehingga boleh di lewat-lewatkan, akan tetapi ia memberi mesej berpuasa ketika waktu hampir tibanya Ramadan dapat melatih rohani dan jasmani lebih aktif dan bersemangat melalui Ramadan nanti.

Diriwayatkan oleh Anas, katanya, Rasulullah SAW ditanya:

"Apakan puasa yang afdal selepas puasa Ramadan? Lalu Baginda SAW menjawab: "Puasa di bulan Syaaban iaitu untuk memuliakan Ramadan." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Marilah sama-sama kita berusaha melatih diri mengamalkan ibadat puasa sunat sebelum tibanya Ramadan. Bagi mereka yang masih belum lagi menunaikan qada' puasa Ramadan yang lalu, maka ambillah peluang yang ada ini untuk melunaskan hutang Allah itu. Menurut mazhab Syafie dan jumhur ulama, bagi mereka yang gagal menunaikan qada' puasa Ramadan lalu sehingga tiba Ramadan berikutnya, maka mereka diwajibkan membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari tidak berpuasa, di samping kewajipan menunaikan qada' puasa masih tertanggung di bahunya.

Sesungguhnya ibadat puasa besar nilainya di sisi Allah dan begitu juga dari aspek kesihatan. Sebuah hadis Qudsi menjelaskan kelebihan ibadat puasa yang antara lain bermaksud:

"Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, sesungguhnya ia (puasa) adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi ganjarannya, dan bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau al-misk (wangian) di sisi Allah." (Hadis riwayat Bukhari)

courtesy : b.harian.com

~ Salam Perjuangan kebenaran.. ~

~Kurangkan Ketawa, Banyakkan Menangis~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;

فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."

Dan dalam ayat 60 surah an-Najm;

وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ

Maksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat Al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitkom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti "Rajalawak" atau "Lawaking" yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iaitu menyembah Allah, Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka. Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan.

Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti "Rajalawak", ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya. Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya.

Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah. Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit.

Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti "Jomheboh" dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.


~ courtesy - iluvislam.com~

~Perkara Kebaikan dan Dosa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.



Merujuk kepada hadith ke-27 menyatakan :

Menurut riwayat bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat :

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya kerana kalau aku lihat fikiran tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.


~ courtsey - iluvislam.com~

Monday, July 6, 2009

~ You're Not Alone~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Salam perjuangan buat kalian... Sedih letih hari ini kerana tahun ke - 3 pengajian telah bermula.. Sedang sibuk menyusun jadual dengan teman-teman.. :D memilih-milih pensyarah untuk sem ini.. Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun saya di uniten.. Sebenarnya, untuk post kali ini hendak berkongsi lagu yang sangat mendalam dan best sangat-sangat. Lagu itu diambil dari teman baik saya, Ayuni.. Terima kasih ayu...

~ Hayati lagu ini... :D

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone
'Lone, 'lone
Why, 'lone
Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far awayI am here to stay
For you are not aloneFor I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there
You are not alone
For I am here with you
Though you're far awayI am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone...

Saturday, July 4, 2009

~ Sahabat Sejati~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.


Khas buatmu sahabatku sayang... Terima kasih untuk persahabatan yang kita jalinkan..Moga ukhuwah kita berpanjangan dan diredhai ALLAH...

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman






Wednesday, July 1, 2009

~ Menjejaki buku-buku~

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Salam buat kalian semua.. Hendak berkongsi 2 buku cerita yang saya jejaki.Buat kalian yang membaca artikel ini, kalau terjumpa buku-buku ini, inform pada saya.. :D



~ 2 buah buku karya Faisal Tehrani yang saya jejaki.. :D.. Moga-moga jumpala... Buat nabilah, maimi tengah cari buku-buku terbaru dia bel... Tapi nie manuskrip lama, cuma diterbitkan semula..~