CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, August 19, 2009

~~ Dugaan itu kesedaran buatmu....

Bismillahirrahmanirrahim..

Baratul Isthihlal...
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam buat kalian pembaca blog ini... Kiranya sudah bersarang blog ini kerana saya tidak berkesempatan untuk berkongsi cerita... Saya pula hanya penulis yang masih dibangku sekolah tika tercari-cari ilmu dan kebenaran...

Adakalanya kita rasa dugaan itu menyusahkan, dugaan itu menyakitkan, dugaan itu menyeksakan, ada kalanya kita rasa seakan-akan rebah dan tidak lagi mampu berdiri setelah semua ketabahan kita gunakan.... Pernahkah kalian terfikir yang dugaan itu adalah satu petanda dan rahmat yang ALLAH S.W.T berikan buat hamba-hambaNya yang seakan-akan makin jauh dari mengingatiNya??? Sepatutnya kalian bersyukur kerana ALLAH masih mengingati hambaNya dan menyayangi hambaNya kerana itulah ALLAH tidak mahu hambaNya terus jauh dan jauh dengan duniawi tanpa ingati kepada kehidupan yang kekal abadi...

Kerana itulah teman-teman, syukurilah segala kepayahan,dugaan, kesusahan, kesakitan yang ALLAH ciptakan untuk kalian bukan ingin melihat kalian terus payah menghadapi kehidupan tetapi memberi ketabahan dan kasih sayangNya yang tidak ternilai tingginya. Itulah cinta abadi yang perlu kita kekalkan dalam jiwa moga ketenangan cinta dan kasihNya menjadi pendokong hidup kalian. Syukurilah kita kerana ALLAH S.W.T masih mengingati kita, hambaNya yang begitu kerdil di sisiNya...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Buat teman-teman yang rebah dan hampir rebah, bangunlah kita sepantasnya kerana masa tidak menunggu kita... Jadikanlah kesakitan itu sebagai penawar hati kalian dan janganlah berputus asa!!! Terima kasih kepada kalian yang membaca... :D
Yang baik itu datang dariNya...

Sebelum akhiri rentetan ini, renungkanlah kata-kata ini :~~~

Rasulullah pernah bersabda, maksudnya :

"Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"

" Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang Muslim,. Ketahuilah kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok "
~~ Imam Hassan Al-Banna~~~

~~~Salam perjuangan kebenaran...... :D

0 comments: