CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, June 3, 2009

~ Ikhlasnya hatimu, sahabatku~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia...

Saya baru sahaja menerima keputusan peperiksaan dri lecterur.. Yang mengkagumkn sya, seorang rakan yang jujur dan ikhlas menuntut ilmu( siapa saya untuk menilai hati orang lain, ALLAH sahaja yang mampu untuk semua itu) , ingin menurunkan markahnya kerna lecterur sya salah kira markah. Anda bayangkan jika pelajar lain, saya tk pernah lagi lihat student macam kawan sya. Ingatkan die hendak menambah markah, tpi sebenarnya nak turunkan markah, dalam 4 markah rasanya.

Kekadang kawan-kawan, perkara kecil pada kita sebenarnya memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita. Ingat sahabat, kita lakukan semuanya di dunia dengan satu niat, kerna ALLAH S.W.T barulah ALLAH menjaga kita dan melindungi kita. Tipulah kalau tiada orang yang ingin berjaya dalam hidup, tapi jika tiada keikhlasan dalam hati dalam menuntut ilmu, sebenarnya tidak membawa erti apa-apa.Pada saya, mungkin sikapnya yang begitu, dia mampu berjaya dalam setiap kehidupan dan selalu tersenyum dengan teman-teman yang lain.

Berbicara tentang teman-teman, saya merindui teman-teman yang sentiasa mengingati saya tentang Tuhan, tentang akhirat, tentang ilmu dengan niat kerana ALLAH, teman-teman yang sentiasa nasihat-menasihati antara kami. Saya rindu teman-teman saya. Nabilah dan Farra. Saya rindu kamu semua.

NABILAH : Maimi rindu pada nasihatmu, rindu ketenangan yang bel selalu bagi, Maimi rasa tenang bila berkawan ngan bel. Tak pernah bel jemu menenangkan maimi dan nasihat-nasihat kamu..Rindu tuk menangis bersama.. :D

FARRA : My rindu dengan nakalnya kamu, rindu nak berkongsi rasa dan menangis. Rindu pertolongan kamu dan rindu kebaikan kamu... :D

2 comments:

Zinnirah said...

salam windu mymeku sayang....
terharu sgt masa baca entry ni.. mf la lmbt komen.. Bel pun windu sgt2 detik2 kita bsama dulu... Moga Allah selimuti dirimu dengan payung rahmatNya yang maha luas...

Khas buatmu sahabatku sayang..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

(^.^)

with_maimi said...

Waalaikummusalam bella... huhuhu lagik terharu dgn lirik lagu bel tue.. huhuhus sdhnye sya.. moga kita sentiasa menjalinkan ukhuwah mulia ini.. :D sya sayang kamu!!!!