CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, May 13, 2009

~ Ar-Rayyan, besarnya rahmatMu~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia...

Alhamdulillah sebab kita masih berpeluang untuk hidup di saat ini. Sudah lama agaknya tidak menambah koleksi di blog ini. Semalam terlintas di hati dengan coretan-coretan baru yang saya terdetik ingin berkongsi dengan kalian mengenai rahmat ALLAH S.A.W. Terkesima saya apabila menonton rancangan di astro oasis cafe akhil hayt. Tergerak dalam hati betapa besarnya anugerah dan rahmat ALLAH buat hamba-hambaNya yang dikehendakiNya. SubhanALLAH, tuhan Maha Besar danMaha Agung.

Seorang hamba ALLAH bertaraf professor begitu jahil dalam bidang agama. Beliau menceritakan bahawa beliau tidak terdetik ingin menunaikan haji di Makkah apatah lagi degan kekurangan beliau dalam pembacaan Al-Quran. Selalu isterinya mengajak tapi beliau tetap degil dengan keputusannya. Sampai beliau ada mengatakn "Aku baca surah lazim pun tak betul, macam mana ak nak pergi haji". Sebenarnya, beliau ingin sangat pergi menunaikan haji, tapi beliau malu, dengan taraf professor, tapi tidak mengenal huruf-huruf sekalipun.

Pada suatu malam, beliau terdetik dan tergerak di hatinya, ingin menunaikan solat hajat. Dengan rahmat ALLAH, Allah mempertemukan beliau dengan seorang guru dan akhirnya beliau dapat menghabiskan pembacaan Al-Quran. Alhamdulillah. Beliau berjaya menunaikan haji dan banyak perkara yang berlaku sepanjang beliau di sana. Apabila pulang ke Malaysia, isterinya menceritakan bahawa dia tidak pernah berhenti berdoa selama 6 tahun supaya ALLAH membukakan pintu hati suaminya, hingga menitiskan air mata si lelaki dengan ketabahan isteri solehahnya.. Ya ALLAH, betapa besarnya rahmatMu Ya ALLAH.

Kata beliau, manusia ini semuanya sama, berpendidikan tinggi atau rendah, kaya atau miskin, bukan kayu ukuran untuk menilai diri kita di sisi ALLAH. Hanya ALLAH berhak menilai kita seadanya. Hakikatnya, saudara saudari, Rasulullah pernah berkata, yang bermaksud:

"ALLAH itu ada 100 rahmat. Satu rahmatNya adalah dunia"

Saudara saudari sekalian, masih ada lagi 99 rahmat ALLAH yang tidak tergambar oleh akal kita. ALLAHU AKBAR. Tuhan Maha Besar lagi Maha Agung. Moga ALLAH merahmati kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Amin...

0 comments: