CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, May 1, 2009

~Santapan buat hati~

Bismillahirrahmanirrahim..
Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran...

Amin.. Ak masih mmpu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyala insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku...

Terasa awal hari ini untuk membaitkan kata-kata penguatan hati untuk kalian. Ak hanya sekadar ingin berkongsi cerita, pengajaran, motivasi buat ak dan teman-temanku untuk terus mara dalam perjuangan menegakkan kebenaran. InsyALLAH, moga dengan ini kita dapat memberi kata-kata indah untuk hati kita dan diri kita sendiri.

Ramai dalam kalangan kita mengeluh dan menyalahkan nasib diri kerna tidak dapat meraih kejayaan dan cita-cita yang diimpikan. Tidak kurang pula ramai yang menyalahkan takdir kerna peluang tidak pernah datang. Pernahkan terlintas di hati kalian, yang perlu kalian persoalkan secara ikhlas dan tulus dalam hati, benarkah kita tidak didatangi peluang atau kita tidak mengenali peluang bila peluang itu datang??.

Hadis Rasulullah S.A.W. ada menyebut, yang bermaksud:
"Berhati-hati dengan pemikiran kamu kerna ia akan melahirkan perkataan, berhati-hatilah dengan perkataan kamu kerna ia akan melahirkan perbuatan, berhati-hatilah kamu dengan perbuatan kamu, kerna ia akan melahirkan tabiat, berhati-hatilah dengan tabiat kamu kerna ia akan membentuk karakter kamu, berhati-hatilah dengan karektar kamu kerna ia akan menentukan destinasi kamu. Kegembiraan atau kecelakaan".

Dalam mencapai cita-cita sebenarnya, perlu ada keyakinan pada ALLAH S.W.T. ALLAH mengajar kita berfikiran positif. Jika tidak percaya bukalah tafsir Al-Quran. Al-Quran dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud Dengan nama Tuhan Yang Rahman dan Yang Rahim. Mulakn semua kerja dengan mempunyai keyakinan bahawa ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan Yang Maha Agung itu Maha Adil. ALLAH telah memberi kita kebolehan untuk memilih. Anugerah ini ada natijah dan konkusi yang besar buat diri setiap hambaNYA. Maka, kita fahamlah nasib kita sebenarnya terletak pada setiap usaha yang kita lakukan seharian. Jika setinggi gunung usaha ditaburkan, maka tinggilah hasilnya dan kalian sendiri akan terdetik di hati jika halus usahanya, maka kuranglah hasilnya.

Kita punya kuasa akal yang besar yang jugak membezakan kita dengan makhluk lain ciptaan ALLAH. Dengan itu, gunalah sebaiknya akal fikiran rasional dan waras kita itu dalam memartabatkan diri dan maruah kita dalam apa jua kerjaya yang kita lakukan. Rahman ALLAH akan memberi setiap ganjaran terhadap usaha itu di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali, panjatkanlah doa kepada ALLAH kerna tanda kita percaya dengan pertolongan dan kekuasaanNYA. Percaya padaNYA bahawa ALLAH yang menciptakan sesuatu itu dan ALLAH juga yang menentukan setiap sesuatu mengikut perancanganNYA. SubhanALLAH. Pasti ada hikmah atas apa jua yang terjadi. Berdoalah untuk kesejahteraan diri dan juga kebaikan insan-insan yang berada di sekeliling anda.

~I end here~
Salam perjuangan buat semua.. Moga kita beroleh lembaran rahmatNYA. Amin...Assalamualaikum....

0 comments: