CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 9, 2009

~Permusuhan Umatku di Akhir Zaman~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ahlan wasahlan.. Salam Perjuangan Kebenaran buat kalian...Amin.. Ak melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerna saat ini ak masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH ak masih lagi bernyawa di alam fana ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kerna ak hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi.. ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia...

Allah S.W.T menolak 1 daripada 3 doa Rasulullah S.A.W.

'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa : " Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

" Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apakah ini yang ingin kita lihat?
Apakah tindakan kita?
Tidakkah kita ingin Islam kembali gemilang seperti dahulu?
Bangkitlah wahai saudara seIslamku, tegakkan Islam kembali megah, itu amanahmu!
Yakinlah dengan janji Allah S.W.T.
I end here~
Salam perjuangan buat semua.. Moga kita beroleh lembaran rahmatNYA. Amin...Assalamualaikum....

0 comments: